Skip to content
프로젝트

afu-it/wa-zip-cleaner has 29 GitHub stars and 0 forks. GitHot measured 0 stars in 24 hours and 0 in 7 days. Last checked 2026-11-24 10:21 UTC. Last push 2026-11-16.

이 수치를 측정하는 방법

측정된 스타 증가

in 24h
0
in 7 days
0
in 15 days
기록 수집 중
in 1 month
기록 수집 중

서로 겹치는 기간의 순증가량이며 일별 합계가 아닙니다. 측정값이 없으면 비워 둡니다. 스타는 관심도를 나타내며 품질을 보장하지 않습니다.

소개

Terbuka fail 'Click here to view.zip' dari WhatsApp kat PC Windows? Tool free ni scan dan buang malware tu (ValleyRAT / Winos 4.0 / Silver Fox). Copy paste 1 line je.

보안

README.md

Original

WA-ZIP Cleaner

English | Bahasa Melayu

Ada orang hantar fail zip kat WhatsApp (contoh Click here to view....zip, Notice.zip, PDF_C2841_20260911100446.zip, 20261019-MYS2026Y1019E51AC.zip atau 101.zip), dan anda terbuka kat laptop atau PC Windows? Relax. Tool free ni akan scan PC anda, dan kalau ada malware tu, dia buang terus.

Kalau anda buka kat phone (Android, iPhone) atau Mac, takpe, anda selamat. Malware ni cuma kacau Windows je.

Tapi hati-hati: kalau phone anda auto save fail tu ke Google Drive (atau cloud lain), dan PC anda sync dengan Drive yang sama, fail tu akan masuk PC. Kalau ada sesiapa double-click kat PC, terus kena.

Betul ke ni malware?

Betul, ini bukan kami agak-agak je. Kami dah upload fail tu ke dua website yang memang kerja dia check malware. Dua-dua cakap bahaya:

VirusTotal: 18 antivirus detect malicious Hatching Triage: score 10/10
VirusTotal Triage

Malware ni nama dia ValleyRAT (ada orang panggil Winos 4.0 atau Silver Fox). Kalau dah masuk PC, hacker boleh curi password anda, off antivirus anda, dan control PC anda dari jauh macam dia duduk depan PC anda.

Langkah 1: Full scan Windows Defender

Defender ni antivirus yang memang dah ada dalam Windows. Tak payah download apa-apa.

  1. Tekan butang Start (logo Windows kat bawah kiri skrin).
  2. Taip Windows Security. Bila dia keluar, klik dia.
  3. Klik Virus & threat protection (ikon perisai).
  4. Klik Scan options (tulisan biru, bawah butang Quick scan).
  5. Pilih bulatan Full scan, pastu klik Scan now.
  6. Tunggu. Biasanya 30 minit sampai 2 jam. PC boleh guna macam biasa masa tunggu.
  7. Kalau Defender jumpa apa-apa, klik Start actions atau Remove.

Langkah 2: Scan dengan tool ni (copy paste 1 line je)

Defender tak semestinya tangkap malware ni, sebab malware ni guna program yang sah untuk tipu antivirus. Versi Oktober siap suruh Defender abaikan dia, jadi scan nampak bersih padahal tak. Tool ni cari kesan malware WhatsApp ni secara khusus, termasuk arahan "abaikan" tu, dan buang semua sekali.

Hati-hati: ada hacker yang suruh mangsa copy paste arahan dalam PowerShell untuk pasang malware. Jangan copy paste arahan dari orang yang anda tak kenal. Arahan bawah ni cuma ambil fail dari GitHub rasmi projek ni (waz.afuit.dev hantar terus ke fail run.ps1 dalam repo ni), dan code dia terbuka untuk sesiapa semak. Kalau ragu-ragu, tunjuk page ni kat orang IT yang anda percaya dan minta dia buat untuk anda.

A. Buka tetingkap admin

  1. Kat keyboard, tekan dan tahan butang Windows (logo Windows), pastu tekan X. Satu menu keluar kat bawah kiri.
  2. Dalam menu tu, klik Terminal (Admin). Kalau PC Windows 10, nama dia Windows PowerShell (Admin).
  3. Keluar kotak tanya "Do you want to allow this app to make changes to your device?". Klik Yes.
  4. Satu tetingkap hitam atau biru keluar, ada tulisan dan kursor berkelip. Ni tempat kita paste arahan.

B. Paste arahan

  1. Tekan butang copy kat hujung kanan kotak bawah ni (atau highlight semua tulisan dalam kotak, pastu tekan Ctrl + C):
irm waz.afuit.dev | iex
Arahan pendek tak jalan? Guna arahan panjang ni
[Net.ServicePointManager]::SecurityProtocol="Tls12"; $p="$env:TEMP\waz.ps1"; iwr https://raw.githubusercontent.com/afu-it/wa-zip-cleaner/main/wa-zip-cleaner.ps1 -OutFile $p; powershell -ExecutionPolicy Bypass -File $p; if ($LASTEXITCODE -eq 1 -and (Read-Host "Taip Y dan Enter untuk bersihkan") -eq "Y") { powershell -ExecutionPolicy Bypass -File $p -Fix }
  1. Klik sekali dalam tetingkap hitam/biru tadi. Tekan Ctrl + V (atau klik kanan) untuk paste.
  2. Tekan Enter.

C. Jawab soalan

  1. Tool akan tanya: PC/laptop ni milik office atau milik sendiri?
    • PC/laptop yang office bagi, dan ada orang IT yang urus: taip 1, tekan Enter.
    • PC/laptop sendiri: taip 2, tekan Enter.
    • Tak pasti: tekan Enter je.
  2. Tool mula scan. Tunggu 2 sampai 10 minit. Jangan tutup tetingkap. Akan keluar lapan baris, [1/8] sampai [8/8], setiap satu ada label berwarna kat hujung.

D. Baca keputusan

  1. Tengok bahagian KEPUTUSAN kat bawah sekali:

    • BERSIH (hijau): tool tak jumpa malware ni. Boleh tutup tetingkap.
    • AMARAN sahaja (kuning): tool tak buang apa-apa. Baca ayat kuning tu dan ikut nasihat dia. Kalau dia sebut ManageEngine dan ni PC office, tunjuk skrin tu kat orang IT office anda. Kalau dia sebut Remote-control program (contoh AnyDesk, TeamViewer) dan anda tak pernah pasang, buang program tu (cara kat bawah, bahagian Program yang tak boleh di-uninstall).
    • BAHAYA (merah): kat bawah sekali keluar Taip Y dan Enter untuk bersihkan. Taip Y, tekan Enter, pergi langkah 11. Chrome, Edge atau browser lain akan tertutup sendiri, sebab tool log keluar WhatsApp Web kat PC ni. Buka balik lepas siap (kalau anda baca panduan ni dalam browser, buka semula page ni).
  2. Tunggu sampai keluar Kuarantin siap. Fail jahat tu tak delete terus. Tool pindahkan dia ke folder C:\WAZipQuarantine, jadi kalau tersalah buang, boleh pulihkan balik. Lepas tu tool tanya Nak hantar laporan? Pilihan anda. Taip Y untuk hantar senarai benda yang dijumpai dan log imbasan kepada kami, supaya kami boleh kaji penggodam dan baiki tool ni. Nama akaun, nama PC, emel, nombor telefon dan alamat rangkaian dibuang dulu, dan dokumen anda tak dihantar. Tekan Enter je kalau tak nak hantar. Kalau internet tak dapat, laporan disimpan di Desktop dan anda boleh hantar ke Telegram @afwazan.

    Kalau tool dah kuarantin fail virus, dia tanya satu lagi soalan: Hantar fail virus untuk dianalisis? Taip Y untuk hantar fail program virus yang dah dikuarantin (contohnya .exe, .dll, .sys, .dat, VHD) ke server kami. Server simpan fail tu dalam ZIP berkata laluan dan semak di VirusTotal; virus yang VirusTotal belum kenal dimuat naik ke sana supaya antivirus lain pun boleh tangkap. Dokumen, gambar, fail ZIP/RAR, dan apa-apa fail dari Downloads, Desktop atau Documents tak pernah dihantar. Tekan Enter je kalau tak nak hantar.

  3. Restart PC (Start > Power > Restart).

  4. Lepas PC hidup balik, buat Langkah 2 sekali lagi dari mula, sampai keluar BERSIH.

Terlepas soalan Y?

Kalau anda tekan Enter tanpa taip Y, tool tak buang apa-apa. Jangan taip y sorang-sorang, PowerShell tak faham. Paste ayat ni dalam tetingkap yang sama, tekan Enter:

powershell -ExecutionPolicy Bypass -File $env:TEMP\waz.ps1 -Fix

Tool kata "Windows tak bagi buang" atau "ManageEngine BELUM habis dibuang"?

Sesetengah bahagian ManageEngine (contoh MEARWService) ada pelindung diri. Masa Windows hidup, admin pun tak boleh buang dia, walaupun dah restart. Jadi kita buang dia masa Windows tak hidup. Tak payah format.

Lepas taip Y, tool akan tanya:

  • Taip 1 (Safe Mode auto, disyorkan): PC restart ke Safe Mode, tool buang semua, lepas tu restart balik ke Windows biasa. Jangan sentuh apa-apa. Cuma taip password akaun Windows anda (bukan PIN) bila Safe Mode minta.

Kalau Safe Mode pun tak cukup (tool sendiri akan beritahu), ikut langkah skrin biru pemulihan ni:

  1. Sebelum restart, ambil gambar skrin tulisan merah tu guna phone.
  2. Kat skrin biru, klik Troubleshoot > Advanced options > Command Prompt.
  3. Kalau dia minta, pilih akaun anda dan masukkan password PC. Kalau dia minta BitLocker recovery key, buka account.microsoft.com/devices/recoverykey guna phone.
  4. Kat tetingkap hitam, taip ayat ni, tekan Enter:
    C:\WAZipQuarantine\BUANG.bat
    
    Kalau keluar not recognized, cuba D:\WAZipQuarantine\BUANG.bat.
  5. Tunggu sampai keluar SIAP. Dia akan tulis apa yang dia Dimatikan, Dialih dan Dibuang. Semua disalin dulu ke C:\WAZipQuarantine\winre.
  6. Taip exit, tekan Enter, pilih Continue.
  7. Lepas Windows hidup, buat Langkah 2 sekali lagi dari mula, taip Y, sampai keluar BERSIH.

Nak buat sendiri tanpa tunggu tool tanya? Pergi Settings > System > Recovery > Advanced startup > Restart now, lepas tu mula dari langkah 2 kat atas. Fail BUANG.bat cuma wujud lepas tool pernah cuba bersihkan (taip Y) dan gagal.

Kalau PC tersangkut dalam Safe Mode lepas pilih 1: buka skrin biru pemulihan (langkah 2 dan 3 atas), taip bcdedit /deletevalue {default} safeboot, tekan Enter, lepas tu exit > Continue.

BERSIH tak bermaksud PC confirm selamat. Hacker boleh tukar malware ni bila-bila masa, dan tool ni cuma kenal versi yang kami dah bedah. Kalau anda memang dah buka fail tu kat PC, tetap buat langkah tukar password kat bawah. Kalau ragu-ragu, minta orang IT periksa.

Kalau dah terbuka fail tu kat PC, buat benda ni juga

Malware ni boleh duduk diam dalam PC berminggu-minggu sambil curi data. Jadi walaupun tool ni keluar BERSIH atau dah buang dia, anggap password anda dah bocor.

Guna phone, bukan PC yang kena tu:

  1. WhatsApp > Linked devices > log out semua. Ni supaya hacker tak boleh guna WhatsApp anda untuk hantar fail jahat ke kawan-kawan.
  2. Tukar password semua akaun yang pernah login atau save password dalam Chrome atau Edge kat PC tu. Mula dengan online banking, email, Google, Microsoft dan Facebook.
  3. Dalam setiap akaun tu, log out semua device lain, dan on 2FA (kod pengesahan dari phone).
  4. Kalau ada info bank dalam PC tu, call bank dan minta dia orang pantau akaun anda.

Lepas tu, untuk PC:

  1. Restart PC, lepas tu buat Langkah 2 sekali lagi sampai keluar BERSIH.
  2. Kalau tool ni bagi amaran ManageEngine (dan office anda tak pernah pasang), atau dia jumpa driver yang off antivirus, cara paling selamat: backup fail penting je (dokumen, gambar), pastu format dan install semula Windows. Kalau tak reti, bawa ke kedai komputer dan bagitau PC ni kena malware dengan remote access.
  3. Masa backup, jangan copy fail .exe, .zip, .dll, .bat, .vhd atau .vhdx. Copy fail yang anda kenal je.

Kalau anda tak pernah buka fail tu kat PC, dan tool ni keluar BERSIH, tak payah buat semua ni.

Dah bersihkan PC (atau install semula Windows), tapi WhatsApp masih hantar fail sendiri?

Ni bukan sebab PC masih kena. Masa malware tu dalam PC, hacker dah curi "kunci login" (session) WhatsApp Web, Gmail dan akaun lain dari browser. Kunci tu sekarang ada kat tangan hacker, bukan kat PC anda. Sebab tu format PC, install semula Windows, atau delete cookies kat PC sendiri tak menolong. Hacker masih boleh guna kunci yang dia dah salin. Kena tutup dari pihak akaun tu sendiri.

Buat ikut turutan ni, guna phone:

  1. Log out semua Linked devices. WhatsApp > titik tiga (Android) atau Settings (iPhone) > Linked devices. Tekan setiap satu device > Log out. Buat untuk semua, termasuk yang anda kenal.
  2. On Two-step verification. WhatsApp > Settings > Account > Two-step verification > Turn on. Set PIN 6 digit yang hacker tak boleh teka. Ni halang hacker daftar nombor anda kat phone dia.
  3. Tutup Gmail dari pihak Google. Kalau password disimpan dalam Google (Google Password Manager), hacker mungkin dah dapat semua sekali. Buka myaccount.google.com > Security > Your devices > log out semua device yang anda tak guna. Lepas tu tukar password Google, dan on 2-Step Verification.
  4. Tukar password yang disimpan dalam Google atau Chrome, mula dengan bank dan email. Dalam setiap akaun, cari pilihan Log out all sessions atau Sign out everywhere.
  5. Jangan link WhatsApp Web balik kat mana-mana PC sebelum PC tu keluar BERSIH dengan tool ni.

Kalau satu nombor WhatsApp dipakai kat banyak PC (biasa kat kedai atau office), setiap PC tu kena scan juga. Satu PC yang kena dah cukup untuk hacker curi session.

Kalau dah buat semua ni tapi WhatsApp masih hantar fail jahat: cara terakhir ialah delete akaun WhatsApp dan daftar balik guna nombor yang sama. Semua session lama akan hilang terus. Kosnya, chat, group dan setting anda hilang, jadi backup dulu chat dan contact yang penting, dan bagitau customer atau kawan yang anda daftar semula. Caranya: WhatsApp > Settings > Account > Delete account, lepas tu install semula WhatsApp dan daftar dengan nombor yang sama.

Nombor WhatsApp kena ban?

Malware ni hantar fail ke semua contact dan group sekali gus. WhatsApp nampak tu macam spam, jadi selalu nombor mangsa kena ban (keluar mesej akaun tak dibenarkan guna WhatsApp). Kalau jadi:

  1. Bersihkan PC dulu guna tool ni sampai keluar BERSIH. Kalau tak, lepas akaun dibuka balik, dia akan spam lagi dan kena ban lagi.
  2. Buka WhatsApp kat phone. Kat skrin ban tu, tekan Request a review (atau Support).
  3. Tulis ringkas: akaun anda kena hack oleh malware dari fail zip WhatsApp, mesej tu bukan anda yang hantar, dan PC dah dibersihkan.
  4. Tunggu jawapan WhatsApp. Biasanya beberapa jam sampai beberapa hari. Jangan hantar review berkali-kali.
  5. Sementara tu, bagitau customer dan kawan guna SMS, call atau media sosial: jangan buka fail zip dari nombor anda.

Lepas akaun dibuka balik, terus buat langkah 1 hingga 5 kat atas (log out Linked devices, on Two-step verification).

Antivirus kata "bersih", tapi masih rasa tak kena?

Antivirus biasa, Malwarebytes dan VirusTotal selalu terlepas malware ni. MyCERT sendiri sebut scan antivirus biasa tak buang program remote (ManageEngine) yang hacker pasang. Jadi keputusan "bersih" dari antivirus tak cukup. Guna tool ni, dan kalau masih ragu, install semula Windows.

Tanda lain PC dah kena: PC jem seminit lepas buka fail tu, fail tak boleh delete sebab "masih berjalan", atau WhatsApp mula hantar zip sendiri dua tiga hari kemudian.

Lapor ke MyCERT (Cyber999): emel [email protected], telefon 1-300-88-2999, atau +60 19 266 5850 (24 jam). Sertakan screenshot mesej, masa diterima, dan nombor pengirim. Rujukan: MyCERT MA-1464.062026.


Bawah ni info tambahan. Klik tajuk untuk buka.

Macam mana nak kenal fail jahat ni (sebelum terbuka)

Nama fail selalu bertukar. Antara yang dah orang jumpa: Click here to view....zip, Notice.zip (dalam dia ada Notice.vhd), PDF_C2841_20260911100446.zip dan DOC_7748_20260924152821.zip, PDF_EXZ12S_20261022110417.zip, 20261019.MYS2026Y1019A7F2E.zip (huruf dan nombor pelik campur tarikh), 101.zip, fail .vbs macam Work Snapshot.vbs, dan fail yang nama dia macam penyata akaun, invoice, resit, purchase order, gaji, claim, LHDN atau KWSP. Ada juga yang buat-buat datang dari agensi kerajaan. Bulan Oktober ada mesej macam ni: "Kindly forward the attached Statement of Account to your Finance Manager for review. Please open it on a computer". Kalau orang suruh buka kat komputer, itu tanda bahaya. Kaspersky pula jumpa kumpulan yang sama hantar Statement of Account.zip, November Statement.zip dan December Statement.zip, dan dalam dia ada program yang menyamar jadi dokumen, contohnya Review the file.exe atau BillReceipt.exe. Dokumen betul tak pernah jadi .exe.

Jadi jangan hafal nama. Kenal dari perangai dia:

  1. Fail yang anda tak tunggu pun, selalunya .zip.
  2. Ada pesanan pendek suruh buka kat komputer. Invoice atau penyata yang betul boleh je buka kat phone.
  3. Datang dari kawan atau group yang anda kenal. Sebab WhatsApp diorang dah kena hack.
  4. Kalau dah terbuka kat PC, Windows mungkin tanya "Do you want to open this file?" untuk fail .vhd. Tekan Cancel.

Kalau ragu-ragu, call orang yang hantar tu dan tanya betul ke dia hantar. Dokumen urusan patut datang guna email atau sistem rasmi, dan anda boleh minta macam tu.

Bank OCBC dan UOB pun dah bagi amaran: jangan buka fail .vbs, .zip, .msi atau .exe yang datang dari WhatsApp.

Tip: off auto-download dalam WhatsApp. Kalau auto-download off, fail tak masuk phone sendiri, jadi dia tak sampai ke Google Drive dan PC anda. Caranya: WhatsApp > Settings > Storage and data > Media auto-download, pastu tutup semua (mobile data, Wi-Fi, roaming).

Takut nak taip-taip? Cara download dan double-click je
  1. Kat atas page ni, tekan butang hijau Code, pastu Download ZIP.
  2. Buka folder Downloads. Klik kanan fail zip tadi > Extract All > Extract.
  3. Dalam folder yang keluar, double-click fail MULA-SINI.bat.
    • Windows tanya boleh ke tak: tekan Yes.
    • Kalau keluar "Windows protected your PC": tekan More info, pastu Run anyway. Ni normal.
  4. Tool tanya PC office atau sendiri: taip 1 (office) atau 2 (sendiri), tekan Enter.
  5. Tunggu 2 sampai 10 minit. Kalau keluar BAHAYA, taip Y dan tekan Enter.
  6. Buat semua benda dalam "Kalau dah terbuka fail tu kat PC" kat atas. Lepas restart, double-click MULA-SINI.bat sekali lagi.
Macam mana boleh kena?

Biasanya jadi macam ni:

  1. Kawan anda hantar fail zip tu kat WhatsApp. Sebenarnya WhatsApp kawan anda tu yang dah kena hack, sebab tu nampak macam betul.
  2. Anda buka kat PC Windows. Dia keluar macam ada satu pendrive baru masuk.
  3. Dalam tu ada satu program yang nampak legit. Program tu kena tipu untuk jalankan malware. Sebab nampak legit, antivirus pun tak perasan.
  4. Malware tu sorok dalam registry Windows, bukan dalam fail biasa. So susah nak jumpa kalau cari sendiri.
  5. Dia off antivirus anda.
  6. Dia set supaya setiap kali PC hidup, dia hidup sekali. Lepas tu dia cuba contact server hacker.
Nak suruh AI (ChatGPT, Claude, Copilot) tolong ajar?

Copy semua ayat ni, paste dalam ChatGPT, Claude atau Copilot:

Saya rasa PC Windows saya terkena malware WhatsApp "Click here to view.zip"
(jenis Winos 4.0 / Silver Fox / ValleyRAT). Saya tak pandai IT.

Ada tool free untuk buang malware ni: https://github.com/afu-it/wa-zip-cleaner

Tolong ajar saya satu langkah satu masa, guna bahasa senang, untuk:
1. Jalankan tool tu kat Windows dengan cara paling senang.
2. Faham apa maksud BERSIH dan BAHAYA.
3. Buang malware kalau ada.
4. Apa saya kena buat lepas tu (WhatsApp Linked devices, tukar password).

Jangan suruh saya format Windows dulu. Tanya satu soalan satu masa kalau perlu.
Apa yang tool ni tak boleh buat
  • Ni bukan antivirus penuh. Dia cuma cari malware WhatsApp yang ni je. Kalau nak full scan, guna Windows Defender, Kaspersky atau Malwarebytes.
  • Tool ni detect jenis fail VHD (yang kami kaji) dan jenis fail VBS (Kaspersky lapor kat Malaysia bulan Jun). Ada satu lagi jenis guna shortcut (.lnk), nama dia SORVEPOTEL, yang Trend Micro jumpa kat Brazil. Contohnya malware-whatsapp.rar yang dalam dia ada DOC-50998906_17774E7A.lnk. Tool ni sekarang tangkap shortcut macam tu kalau dia masih ada dalam PC, tapi belum tangkap apa yang dia download lepas tu. Sebab tu buat juga full scan Windows Defender.
  • Dia kenal versi malware yang kami jumpa bulan Oktober 2026. Kalau hacker ubah sikit, kami dah tambah detection yang lebih umum, tapi tak boleh janji 100%.
  • Ada mangsa lain yang jumpa program curi data nama 888.exe dalam kempen yang sama. Program ni ambil password Chrome, Edge dan sesi WhatsApp. Tool ni belum detect 888.exe. Sebab tu kalau keluar BAHAYA, tukar semua password walaupun tool ni dah bersihkan.
  • ManageEngine yang hacker pasang tak boleh di-uninstall cara biasa, sebab dia minta PIN yang cuma hacker ada. Tool ni boleh paksa buang dia (program, servis, task, folder dan entri Apps), tapi cuma kalau anda jawab PC ni milik sendiri, sebab ada office yang memang guna ManageEngine. Semua yang dibuang ada backup. Buang ManageEngine tak bermaksud PC dah bersih, jadi tetap fikir untuk format.
  • Kami belum jumpa alamat server hacker tu. Mungkin server tu dah mati.
Program yang tak boleh di-uninstall (ManageEngine, AnyDesk dan lain-lain)

Kalau tool ni bagi amaran pasal program kawalan jauh yang anda tak pernah pasang, dan uninstall biasa minta PIN atau password:

  1. Download Bulk Crap Uninstaller dari bcuninstaller.com. Ni program percuma dan open source.
  2. Buka dia, tunggu senarai program keluar.
  3. Cari nama program tu (contoh ManageEngine atau AnyDesk) dalam kotak carian.
  4. Klik kanan nama tu, pilih Uninstall manually. Program ni buang fail, servis dan registry tanpa minta PIN.
  5. Restart PC, pastu jalankan tool ni sekali lagi.

Untuk ManageEngine, lagi senang: jalankan tool ni dan jawab 2 (PC sendiri). Tool akan paksa buang dia. Lepas tu, boleh juga email support ManageEngine dan bagitau akaun mereka digunakan oleh hacker untuk kawal PC anda, supaya mereka boleh tutup akaun hacker tu.

Ada orang cadang GMER untuk buang ManageEngine. Kami tak cadangkan, sebab GMER dah lama tak dikemas kini dan tak sesuai untuk Windows 11. Guna tool ni atau Bulk Crap Uninstaller.

Macam mana kami check malware ni
  1. Buka fail zip tu dalam komputer berasingan, tanpa jalankan malware tu.
  2. Sengaja jangkitkan satu Windows 11 dalam VM (komputer dalam komputer, tak sambung internet), pastu jalankan tool ni. Dia berjaya buang malware tu, dan fail biasa tak terusik.
  3. Reverse-engineer malware tu untuk faham macam mana dia sorok diri.
  4. Upload ke VirusTotal dan Triage untuk pihak lain sahkan.

Setiap kali code tool ni berubah, ada test automatik yang jalan kat Windows untuk pastikan dia masih jalan elok.

Report penuh: docs/REPORT.md. Report Triage: tria.ge/261023-f44nwacc45

Untuk orang IT: cara manual, restore, apa yang di-check

Buka PowerShell as Admin, cd ke folder repo, then:

powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1        # scan je
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1 -Fix   # quarantine
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1 -Owner Personal -Fix   # PC sendiri: ManageEngine dikira bahaya dan dibuang
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1 -Owner Office         # PC office: ManageEngine cuma diberi amaran
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1 -RemoveManageEngine   # paksa buang ManageEngine tanpa tanya
powershell -ExecutionPolicy Bypass -File .\wa-zip-cleaner.ps1 -Restore -Manifest "C:\WAZipQuarantine\<tarikh>\manifest.json"

Path manifest.json keluar masa -Fix. Exit code: 0 bersih, 1 ada bahaya (HIGH), 2 error, 3 amaran sahaja. Tanpa -Owner, tool tanya PC office atau sendiri masa mula; run -Fix dalam masa 2 jam guna jawapan yang sama.

Ada 2 versi Silver Fox yang tool ni kenal.

Versi 1 (kami bedah): VHD dalam zip, KafanInputService (signed) sideload rime.dll, payload dalam registry Console\0 jalan fileless, BYOVD driver (ZyArk/Baidu, ardrv/OPSWAT), persistence guna servis palsu hidserv.dll.

Versi 2 (Pelagos Intel): IMG dalam zip, KuGou active_desktop_launcher.exe (signed) load active_desktop_render_x64.dll, staging dalam %APPDATA%\Microsoft\Update\, Run value MicrosoftUpdate, C2 134.122.155.135:443.

# Check Contoh
1 Process rundll32 ...,_vmclientcore@16, rime.dll palsu luar Program Files
2 VHD Click here to view*.vhd
3 Registry Console\0 (value name 32-hex), Console\IpDate, IpDates_info, Magisk, FaCai2024
4 Driver / servis ZyArk, ardrv; servis yang launch script interpreter dari user folder; semua kernel driver di-hash dengan senarai LOLDrivers (data/loldrivers.csv, ~2,200 hash: malicious = HIGH, vulnerable = warning); Microsoft Vulnerable Driver Blocklist yang dimatikan (warning)
5 Autostart & Defender Run keys (termasuk yang point ke fail Hidden+System, dan MicrosoftUpdate ke %APPDATA%\Microsoft\Update\), scheduled task (termasuk task hidden yang jalankan Add-MpPreference), Startup folder; pengecualian Defender untuk svchost.exe, QtsUpdater.exe dan program sistem lain
6 Fail SHA-256 dikenali, nama umpan (Click here to view*, Notice*.vhd, PDF_XXXXXX_<tarikh>, <tarikh>-MYS2026Y...), payload eneio64.dat / plcc3a.dat, fail .vhd/.vhdx lain dalam user folder (warning, kecuali WSL), hidserv.dll luar System32, fail Hidden+System, installer Visual C++ palsu
7 RMM berkaitan agent ManageEngine UEMS dari kempen VBS WhatsApp (PC office: warning sahaja; PC sendiri: HIGH dan force remove; juga -RemoveManageEngine); program remote lain dari senarai LOLRMM (AnyDesk, TeamViewer, RustDesk, ToDesk, SunLogin, ScreenConnect, dll.: warning sahaja)
8 Browser Chrome/Edge/Brave/Opera/Firefox: extension yang dipaksa pasang guna policy (PC sendiri: HIGH dan dibuang; office/tak pasti: warning), shortcut browser dengan --load-extension (HIGH), extension yang dimuat dari folder bukan web store (warning). Kalau PC dijangkiti (ada HIGH), sesi WhatsApp Web (folder IndexedDB web.whatsapp.com) dalam semua browser dikuarantin supaya PC ni log keluar; browser ditutup dulu
9 ABCDoor (Kaspersky) folder %LOCALAPPDATA%\appclient (pythonw -m appclient), Run/task AppClient, HKCU\Environment\UserInitMprLogonScript, HKCU\Software\CarEmu, program umpan Review the file.exe/BillReceipt.exe/GST Suvidha.exe dll, sambungan ke IP C2 Silver Fox, dan domain C2 dalam DNS cache (warning)
10 Shortcut (SORVEPOTEL) fail .lnk dalam user folder yang jalankan cmd/powershell/mshta dengan arahan tersorok (-enc, for %x in, DownloadString, IEX, URL); domain zapgrande.com dalam DNS cache
11 Sejarah fail dalam Downloads/Desktop/Documents yang Windows tanda dimuat turun dari web.whatsapp.com (program, skrip, VHD/IMG/ISO = HIGH; zip yang dalam dia ada program, skrip atau VHD/IMG/ISO = HIGH dan dikuarantin; zip yang isi dokumen je dibiar, cuma diberi amaran; rar/7z yang tak boleh dibuka = amaran); log Windows Defender 30 hari (virus dijumpai, perlindungan masa nyata dimatikan, pengecualian ditambah: warning); rekod program yang pernah jalan (PcaAppLaunchDic.txt Windows 11 dan Prefetch) dengan nama malware dikenali (warning). Sejarah sebelum pembersihan terakhir tak dilapor semula

Senarai LOLDrivers dikemas kini dengan python3 tools/update-loldrivers.py. Kalau script jalan sorang (one-liner), dia download data/loldrivers.csv dari repo ni; kalau gagal, check driver tu dilangkau.

Alat lain yang berguna untuk orang IT:

IOC: IOCS.md, docs/iocs.csv. YARA: winos4-whatsapp.yar. Tests jalan kat Windows Server 2022 dan 2025.

Nak tolong?

Projek ni free dan open source. Sesiapa pun boleh tolong: developer, vibecoder, orang cybersecurity Malaysia.

  • Jumpa versi baru malware ni? Buka Issue, bagi hash atau link VirusTotal/Triage. Jangan upload fail malware terus.
  • Reti code? Tambah detection dalam wa-zip-cleaner.ps1 atau rule dalam winos4-whatsapp.yar, buka Pull Request. Pastikan test lulus.
  • Reti tulis atau design? Tolong baiki panduan ni, translate, atau buat poster amaran.
  • Orang security? Semak docs/REPORT.md, atau share IOC ke MalwareBazaar/ThreatFox.

Lesen

MIT. Free, tapi takde jaminan. Guna atas risiko sendiri.

관련 프로젝트 살펴보기

불러오는 중…